April 30, 2021

Senja Berlabuh

Pabila fajar menyingsing

Mentari terbit menerangi alam

Petanda bermulanya hari baru

Penghuni bumi mulai bangkit

Keluar menuai hasil keringat

Bagi mengisi tempayan didapur


Pabila senja berlabuh

Mentari mula mengundurkan diri

Petanda hari menjejak penutup

Pencari rezeki pulang membawa hasil

Ada memikul bekalan yang banyak

Ada menjinjing bekalan yang sedikit


Begitulah perjalanan kita sebagai penghuni dunia

Ketika hayat dikandung badan, perbanyakkanlah ibadah kepadaNya,

Mengumpul bekal untuk alam baka

Bekal yang bakal dihitung menjadi kunci dua pintu

Usah terbuai diulit mimpi di alam fana

Kerana persinggahan terakhir adalah di alam sana



Pena: Rama-rama Biru

30.04.2021

00:35

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Muka Surat 365

Kehidupan umpama buku Pelbagai kisah tertulis di dalamnya Dari satu bab ke bab yang lain Satu per satu helaian muka surat ditulis Kini tiba ...