Kehidupan umpama buku
Pelbagai kisah tertulis di dalamnya
Dari satu bab ke bab yang lain
Satu per satu helaian muka surat ditulis
Kini tiba di muka surat terakhir
Maka tamatlah jilid kehidupan ini
Bersambung pula dengan kisah baharu
Buku baru dibuka dan bait-bait kata ditulis
Bermulalah jilid kehidupan yang baru
Muka surat 1 daripada 365:
‘Bismillahirrahmanirrahim! Semoga kisah kebahagiaan memenuhi jilid ini.’
Pena: Rama-rama Biru
31.12.2021
Tiada ulasan:
Catat Ulasan