Penyakit ada di merata-rata
Pelbagai jenis dan juga rupa
Menyerang tidak mengira sesiapa
Yang tua dan muda pasti akan merasa
Kerna kita hamba yang tidak berdaya
Usah merungut atau berduka
Karna ia suatu ujian sahaja
Peringatan dari Sang Pencipta
Bahawa Dia sayangkan kita
Ia hadir untuk menyucikan jiwa
Pena: Rama-rama Biru
23.7.21