April 03, 2021

Syairku Tidak Berirama

Sebentar tadi aku bersimpuh di tepi sungai, difikiranku ternyata ada kamu, tanpa aku pinta, kau begitu ligat bercanda dikepalaku, 

Lalu mata pena aku tarikan, mengikut irama senandung yang kau dendangkan, arusnya kadangkala sedikit deras,  sepotong syair aku cuba lirikkan

Saat mata penaku mulai layu, lengkap jua syair yang aku tuju, namun sekadar sempat dicoret di atas kulit pohonan, tidak punya kekuatan untuk aku lagukan

Aku bimbang jika irama syairku tidak semerdu alunan suara hatimu, aku risau jika syair ini dinyanyikan, kau bakal pergi menjauh

Meski sakit jika terus kupendam, itu yang terbaik buatmu juga buatku, nanti bila tiba di malam anugerah, pasti akan kunyanyikan syairku ini, moga moga kau sambut dengan menjadi rangkap didalam syairku.


Pena: Kupu-kupu Kelabu
15.10.2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Muka Surat 365

Kehidupan umpama buku Pelbagai kisah tertulis di dalamnya Dari satu bab ke bab yang lain Satu per satu helaian muka surat ditulis Kini tiba ...