Mac 29, 2021

Pesanan Akhir Zaman

Sehari bagaikan sesaat

Detik berlalu tanpa menunggu

Siang malam silih berganti

Diatas kehendak Yang Maha Berkuasa


Bumi dan gunung bergoncang hebatnya

Wabak dan penyakit menyerang makhluk

Satu demi satu alim ulama’ diangkat menghadap Yang Maha Pencipta

Pelbagai petanda telah dizahirkan kepada umat-Nya yang mahu berfikir


Kehidupan yang sementara ini akan berakhir 

Tidak mengira usia, pangkat, darjat, bangsa dan agama

Semua pasti menuju ke alam yang kekal abadi

Perhimpunan besar dihadapan Al-Hasib adalah pasti

Adakah kita sudah bersedia?


Sementara nyawa masih dibadan

Kembalilah kepada Yang Maha Esa

Banyakkan ‘Amal, kukuhkan Iman

Semoga kita mendapat cinta Ilahi


Pena: Rama-rama Biru

29.3.2021

23:09

Sekilas Mekar

Fajar itu berbisik pada mentari, 
disuruhnya bangkit agar kuntum² bunga bisa mekar melingkari cahaya, 
sebentar itu kupu-kupu sunyi melirik lagu, 
memecah hening mencari teman, 
lalu matanya lebih terarah pada satu pohon rendang, 
tidak berbuah tetapi mekar bunganya, 
kupu-kupu itu rehat sebentar di kelopak merah yang harum, 
lantas terhanyut bersama angin mimpi 

Matanya disinari lampu lampu indah, 
pertemuan sedetik bagai bertahun tercipta,
jejantas bintang menjadi saksi, 
detik kupu kupu dan sang bunga mengukir senyum, 
sekilas itu ia mekar mewangi, 
sayap kupu kupu mula dihiasi warna pelangi, 
kasih bertandang tidak diundang, 
rindu terpaut tidak didendang

Kini pungguk mula menjelma, 
mengetuk pintu si jambangan bunga, 
disangka bunga tidak berakar, 
bunga terkalung di dalam pasu, 
bunga yang mekar sudah bertuan, 
kupu-kupu lalu mencelik mata, 
senandung hati bernada syahdu, 
kenangan mimpi kekal dikalbu



Pena: Kupu-kupu Kelabu
29.3.21
22:29

Muka Surat 365

Kehidupan umpama buku Pelbagai kisah tertulis di dalamnya Dari satu bab ke bab yang lain Satu per satu helaian muka surat ditulis Kini tiba ...