Mei 16, 2021

Komedi vs Tragedi

Di kala siang, ku sarung topeng komedi

Tersenyum melihat lagat dunia

Melewati hari hingga matahari tenggelam


Pabila kegelapan, muncullah topeng tragedi

Menzahirkan kondisi hatiku yang sebenarnya

Terperangkap di dalam cakera memori silam


Bukan niat bersandiwara kepada insani

Tetapi enggan mereka bertanya-tanya

Menjelaskan tidak akan membuatkan mereka faham


Sendiri aku cuba bangkit lagi

Percaya akan ketentuan-Nya

Meluahkan hanya kepada Pencipta Alam


Pena: Rama-rama Biru

16.05.2021

00:35








Muka Surat 365

Kehidupan umpama buku Pelbagai kisah tertulis di dalamnya Dari satu bab ke bab yang lain Satu per satu helaian muka surat ditulis Kini tiba ...